Individu alih penghadang jalan di PKPD Mukim Kuala Dungun diburu - Utusan Malaysia

Individu alih penghadang jalan di PKPD Mukim Kuala Dungun diburu

BAHARUDIN Abdullah (kanan) meninjau keadaan penghadang jalan yang cuba dialihkan penduduk di Jalan Bukit Tebuk, di Kuala Dungun, Dungun. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Polis memburu individu yang mengalihkan penghadang jalan di dua laluan di Mukim Kuala Dungun di sini yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Ketua Polis Daerah, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, pesalah boleh dihukum mengikut Seksyen 6 (1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Katanya, lokasi terlibat ialah di Lorong Taman Jejawi dan Jalan Bukit Tebuk.

“Kita kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang memotong tali di samping mengalihkan penghadang konkrit untuk keluar dari kawasan PKPD,” katanya kepada pemberita selepas meninjau laluan yang ditutup di Bukit Tebuk di sini.

PKPD Mukim Kuala Dungun yang berkuat kuasa hingga 3 Ogos ini melibatkan seramai 13,974 penduduk membabitkan 2,898 rumah di 10 lokaliti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya