TOKYO : Impian pemain Tenis Jepun, Naomi Osaka untuk memenangi pingat emas Olimpik di negara sendiri tidak kesampaian selepas tewas kepada Marketa Vondrousova dari Republik Czech.
Dalam aksi di gelanggang tenis Ariake Park, Osaka tewas 1-6,4-6 kepada Vondrousova pada pusingan ketiga dalam perlawanan yang berlangsung dalam tempoh 68 minit.
Penyala obor Olimpik Tokyo 2020 yang menduduki ranking no.2 dunia itu mengikuti jejak langkah pemain no.1 dunia, Ashleigh Barty yang tersingkir pada pusingan awal. – AFP