Imigresen buka program Rekalibrasi Pulang di kaunter Stulang Laut - Utusan Malaysia

Imigresen buka program Rekalibrasi Pulang di kaunter Stulang Laut

BAHARUDDIN TAHIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) negeri bakal membuka Kaunter Khas Program Rekalibrasi Pulang di Pejabat Imigresen Cawangan Stulang Laut bermula 1 Ogos ini.

Pengarah Imigresen Johor, Baharuddin Tahir berkata, pendaftaran pendatang asing tanpa izin (PATI) bagi mengikuti program itu boleh dibuat seawal esok.

Menurut beliau, pembukaan kaunter khas itu merupakan penambahbaikan berterusan JIM bagi Program Rekalibrasi Pulang selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bermula 5 Julai lalu.

“Pembukaan kaunter khas di pintu masuk laut ini merupakan kemudahan bagi PATI yang ingin pulang ke negara asal menggunakan feri.

“PATI yang telah melengkapkan syarat ditetapkan boleh terus hadir ke kaunter untuk pulang ke negara masing-masing. Bagaimanapun, semua syarat program yang telah ditetapkan sebelum ini masih terpakai,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya