PETALING JAYA: Selepas Fattah Amin memberitahu isterinya, Fazura kini sudah mula berhijab, ramai yang memberikan pelbagai reaksi terhadap wanita kesayangannya itu.
Namun di sudut Fazura, semuanya itu tidak perlu disensasikan oleh sesiapa.
Malah tegasnya, ibadah, hijab dan hijrah adalah perjalanan hidup seseorang yang terlalu peribadi untuk dihebahkan.
Beliau berkata demikian dalam akaun Instragram miliknya.
Baru-baru ini, Fattah berkata: “Alhamdulillah, itu saja saya boleh cakap”.
Itu reaksi pelakon tersebut ketika mengulas pertanyaan mengenai penampilan isterinya yang kini sudah mula berhijab.
Menurut pelakon Hero Seorang Cinderella itu, berkata, dia bersyukur kerana doanya telah dimakbulkan.
“Alhamdulillah, dia pun sudah bertudung, memang itulah doa saya selama ini. Sebagai seorang suami mestilah suka tengok penampilan muslimah dia,” katanya sambil tersenyum tanda gembira.