Hospital London digenangi air banjir - Utusan Malaysia

Hospital London digenangi air banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Unit kecemasan di dua hospital di bandar ini dilanda banjir sehingga menyebabkan pesakit terpaksa bergegas dipindahkan.

BBC melaporkan Hospital East London’s Whipps Cross dan Newham mengarahkan pesakit berpindah segera serta menggunakan wad kecemasan lain.

Hujan lebat menyebabkan banjir teruk berlaku di kawasan perumahan, jalan dan stesen pengangkutan awam.

Jabatan Bomba London berkata, pihaknya menerima 300 panggilan banjir dalam masa beberapa jam.

Kejadian itu menyebabkan banyak kenderaan terperangkap dan pihak berkuasa memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak merentas laluan di kawasan berbahaya.

Hospital Newham dalam Twitter menjelaskan pihaknya masih menyediakan perkhidmatan namun, memerlukan bantuan bagi membaiki kerosakan.

Pihak hospital malah meminta orang ramai datang ke hospital berdekatan lain sekiranya memerlukan rawatan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya