KUALA LUMPUR: Perkongsian penyampai radio popular, DJ Lin di Instagramnya mengundang seribu satu persoalan apabila ramai yang tertanya-tanya siapa individu yang disifatkan wanita itu ‘sejahat dan sehina manusia’.
Dalam kapsyen yang disertakan gambar swafoto penyampai radio Suria FM itu, DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid, 46, menulis ada segelintir yang terlalu bangga dengan diri sendiri dan hanya tahu menghentam tetapi sebenarnya, tiada pencapaian dalam hidup.
“Sejahat dan sehina manusia adalah mereka yg menangguk di air yang keruh. Menumpang situasi, melempias dendam di hati padahal silap datangnya daripada diri sendiri.
“Terlalu bangga dengan diri, bercakap pasal itu dan ini, hentam sana hentam sini padahal hakikatnya tidak ada satu pun pencapaian yang berjaya diraih dalam membuktikan kemampuan diri di alam realiti,” tulis Dj Lin.
Malah, dalam ruangan komen, seorang peminat bertanya kepada siapa ayat itu ditujukan, DJ Lin menjawab;
“Adalah manusia yang hanya pada nama tetapi hati, sumpah busuk gila,” katanya.