Hati-hati maklumat tidak benar pemberian vaksin - Utusan Malaysia

Hati-hati maklumat tidak benar pemberian vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA:  Orang awam dinasihatkan berhati-hati dengan penularan maklumat tidak benar berkaitan pemberian vaksin Covid-19.

Suruhanjaya Komunikasi dah Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan memaklumkan, perkara berkenaan melibatkan kes terbaharu berhubung maklumat tidak benar mengenai dakwaan pemberian  vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bangi Avenue Convention Centre  (BACC) yang ditularkan melalui aplikasi  WhatsApp.  

Jelasnya, pemberian maklumat peribadi kepada pihak yang tidak dikenali juga secara  tidak langsung boleh membuka ruang kepada risiko eksploitasi maklumat  peribadi dan pelanggaran privasi.  

“Semua maklumat mengenai program vaksinasi perlu dirujuk kepada saluran-saluran rasmi Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19  (JKJAV), Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) dan Pejabat Kesihatan  Daerah di tempat tinggal masing-masing,” katanya hari ini.

Terdahulu, PKD Hulu Langat semalam turut menafikan mesej tular dalam media sosial berhubung pemberian vaksin Sinovac secara besar-besaran oleh PPV BACC.

PKD Hulu Langat menegaskan, pihaknya mahupun PPV BACC tidak mengeluarkan mesej berkenaan dan orang ramai disaran menghentikan penyebarannya yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

“Pihak PKD Hulu Langat menegaskan bahawa maklumat tersebut adalah palsu, ia tidak dikeluarkan PKD Hulu Langat dan PPV BACC.

“Sehubungan itu, pihak PKD Hulu langat memohon kerjasama semua untuk tidak menyebarkan maklumat tersebut,” katanya menerusi Facebook. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya