Harga runcit maksimum minyak masak botol mulai 1 Ogos - Utusan Malaysia

Harga runcit maksimum minyak masak botol mulai 1 Ogos

minyak masak
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan menetapkan Harga Runcit Maksimum bagi minyak masak sawit tulen dalam kemasan botol di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum Bagi Minyak Masak) 2021.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDHEP) berkata, ia sejajar dengan program Harga Kawalan berasaskan nilai ambang Crude Palm Oil yang menetapkan harga minyak masak sawit botol 5 kilogram (kg) yang diputuskan untuk dikawal supaya harganya tidak melebihi RM30.00 sebotol.

Jelasnya, penetapan harga itu dibuat dengan mengambil kira pandangan daripada agensi-agensi, industri dan trend harga di pasaran berkuat kuasa 1 Ogos ini.

“Dengan pelaksanaan harga kawalan untuk minyak masak tulen ini, pengguna dijamin untuk mendapatkan minyak masak tersebut di bawah harga RM30 untuk 5 kg dan juga pada lain-lain kuantiti tanpa mengira kepada kedudukan harga sawit semasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut KPDNHEP, harga runcit maksimum bagi minyak masak botol yang ditetapkan ialah RM6.70 (1 kg); RM12.70 (2 kg); RM18.70 (3 kg) dan RM29.70 (5 kg).

Katanya, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini menyatakan komitmen kerajaan untuk membantu rakyat meringankan beban kos sara hidup dan menangani isu kenaikan harga minyak sawit mentah (CPO) di pasaran dunia yang mempengaruhi harga minyak masak sawit tulen tidak bersubsidi di pasaran tempatan.

Kementerian itu meminta pengguna menyalurkan maklumat berkaitan pelanggaran undang-undang di bawah bidang kuasa KPDNHEP termasuk harga runcit minyak masak sawit tulen di pasaran secara rasmi melalui saluran berikut Portal e-aduan.kpdnhep; Call Centre 1-800-886-800; Emel [email protected]; Ez ADU KPDNHEP dan Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) 03-8882 6088/6245 vi. Whatsapp 019-279 4317.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya