Harap orang faham saya dan mama berbeza - Cik B - Utusan Malaysia

Harap orang faham saya dan mama berbeza – Cik B

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Harap orang faham saya dan mama adalah dua orang yang berlainan,”.

Itu jawapan balas anak kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV), Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin atau lebih dikenali dengan panggilan Cik B, berhubung isu dakwaan kononnya DSV tidak respek dengan kempen bendera putih.

Sebelum itu, Cik B ada menerima komen daripada seorang pengguna media sosial yang turut mengheret namanya ke dalam isu tersebut.

“Saya harap awak lebih faham kenapa orang ramai mengkritik ibu awak berkenaan isu minta bantuan itu, kecewa,” katanya.

Namun bijak membalas, remaja berusia 16 tahun itu berpendapat masing-masing mempunyai pandangan tersendiri.

“Mama berhak untuk menyuarakan pendapat dan itu tidak bermakna kami sepakat pada pandangan yang diberikan. Mama seorang yang hebat dan saya respek apa pun dia,” tambahnya.

Meninjau ruangan komen Twitter Cik B, rata-rata pengguna memuji cara dia menjawab dan berdepan dengan komen tersebut.

“Anak menteri pun tak berani macam ini, steady!” komen salah seorang pengguna Twitter.

“Komen netizen pun, janganlah babitkan anak. Kalau emak dia macam itu tak semestinya anak pun sama,” komen seorang lagi pengguna.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya