KUALA LUMPUR: Pelakon versatil, Nabila Huda tampil meluahkan kekecewaan berhubung konflik yang membelenggu antara pendakwah bebas dan dermawan terkenal, Ustaz Ebit Lew dengan penceramah motivasi, Caprice.
Nabila, 36, menerusi perkongsian di Twitter lantang mengkritik tindakan Caprice atau nama sebenar Ariz Ramli yang dianggap ‘memakan diri’ itu.
“Cap…cap, apa kau buat ini dik. Hancur hidup, hancur masa depan sebab kebodohan kau.
“Kita biar terkenal sebab bakat, kebijaksanaan dan kebaikan yang kita buat. Jangan terkenal sebab kebodohan atau kesilapan berulang yang kita buat dalam hidup,” katanya.
Dalam perkongsian sama, Nabila turut menasihatkan penyanyi rap itu agar redha, tidak membuka aib dan menyebarkan fitnah.
“Dah lepas itu dah lah…redha. Mesti ada sebab kenapa Allah tak buka jalan itu. Yang nak buka aib orang itu kenapa.
“Kau beriya nak menyatukan sebelum ini, nak cerita pasal kemanusiaan la, itu ini la. Akhirnya, kau pula nak memecah belahkan sesama Islam. Menimbulkan fitnah. Adakah awak okay?”
“Lepas itu karang, mula la keluar kenyataan tertekan. Kau yang buat hal..Kau buat orang benci, kau buat orang fitnah. Kau yang cari pasal. Lepas itu tak boleh hadapi jadi la depressi sebab kena kecam teruk.
“Cuba kalau tak mula, takde la masalah, takde la kecaman. Semudah itu..,” tulisnya.
Caprice mencetuskan kontroversi apabila mendedahkan tegurannya kepada Ebit selepas dia menerima rungutan daripada penduduk Gaza tentang cara pendakwah berkenaan menghulurkan bantuan.
Dia yang kini dalam Misi Kemanusiaan Untuk Palestin mendakwa kecewa dengan pendakwah terkenal itu yang menggunakan gambar kanak-kanak di Gaza sebagai bahan kandungan di media sosial.
Ebit juga diihat telah menyekat akaun Instagram milik Caprice difahamkan berpunca daripada kontroversi tersebut.