"Halalkan dan reda" - Pekin kehilangan sahabat baik, Benjy - Utusan Malaysia

“Halalkan dan reda” – Pekin kehilangan sahabat baik, Benjy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah, Pekin Ibrahim, menzahirkan takziah atas pemergian sahabat baiknya, Khaeryll Benjamin Ibrahim, 43, yang meninggal dunia di sebuah hospital di Medan, Indonesia hari ini.

Menerusi coretan yang dikongsi menerusi akaun Instagramnya (IG), mengajak orang ramai agar mendoakan buat Benjy.

“Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah. Tersemat segala kenangan dan kebenaran buat aku abadikan. Terima kasih kepada semua yang membantu tidak kiralah dari sudut wang ringgit atau pun doa di sepanjang arwah di dalam penjara. Halalkan dan reda. Takziah buat keluarga arwah,” coretnya.

Menjengah ruangan komen, turut dilihat rakan-rakan artis dan pengarah serta produser yang pernah bekerjasama ketika hayat Benjy sebagai pelakon menitipkan doa dan salam takziah buat keluarganya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya