Hakimi positif Covid-19 - Utusan Malaysia

Hakimi positif Covid-19

Achraf Hakimi disahkan positif Covid-19 dan akan diketepikan daripada aksi pra musim minggu hadapan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Pemain baharu, Paris Saint-Germain (PSG) Achraf Hakimi disahkan positif Covid-19.

Hakimi yang berusia 22 tahun dari Maghribi membuat penampilan pertama bersama PSG, Rabu lalu ketika menewaskan kelab divisyen tiga, Le Mans sejak menyertai dari Inter Milan, minggu lalu.

Dia akan terlepas aksi pra musim menentang Chambly, kelab divisyen tiga dan dijangka diketepikan daripada aksi menentang Augbsurg dan Genoa.

PSG dilanda masalah Covid-19 pada permulaan musim ini dengan beberapa pemain disahkan positif.

Pemain seperti Neymar, Kylian Mbappe, Angel di Maria dan Leandro Paredes juga terpaksa menjalani kuarantin kendiri selepas bercuti di Ibiza selepas tamat Liga Juara-Juara.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN