Guna helah tanya buah kelapa sebelum samun mangsa

Guna helah tanya buah kelapa sebelum samun mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Seorang lelaki menggunakan helah bertanya tentang buah kelapa sebelum menyamun wanita berusia 40 tahun di Perumahan Kilang Sawit Kertih 6, Ketengah Jaya di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa yang kerugian lebih RM2,000 turut mengalami bengkak di bahagian kepala selepas dipukul suspek dengan sebatang besi. 

Ketua Polis Daerah, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, kejadian itu berlaku ketika mangsa bersendirian di rumah sebelum didatangi seorang lelaki bermotosikal yang bertanyakan sama ada dia mempunyai buah kelapa.

“Suspek memberi salam dan apabila mangsa memberitahu tiada buah kelapa, dia kemudian meminta wang untuk membeli air sebelum bertindak masuk ke rumah wanita berkenaan lalu memukulnya dengan besi.

“Akibat pukulan itu, mangsa terjatuh di ruang tamu dan suspek mengambil rantai serta wang tunai berjumlah RM200 dalam beg wanita itu,” katanya kepada pemberita.

Baharudin berkata, mangsa cuba menjerit meminta tolong, namun mukanya ditutup dengan baju oleh suspek sebelum melarikan diri.

Katanya, polis kini giat memburu suspek yang dianggarkan berusia 30-an itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya