TOKYO: Great Britain melakar kemenangan bergaya manakala Amerika Syarikat (AS)dikejutkan dalam aksi pembukaan acara bola sepak wanita di Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Great Britain menewaskan Chile 2-0 manakala juara empat kali AS tewas mengejut 0-3 kepada Sweden.
Dua jaringan Stina Blackstenius dan Lina Hurtig memberikan Sweden permulaan yang diidamkan dan AS tewas kali pertama dalam 45 perlawanan.
Meskipun penganjur melarang penonton daripada hadir ke venue pertandingan, tetapi sebahagian penonton dibenarkan masuk untuk acara pertama.
Di Daerah Miyagi, Hikari Nojiri, 59 dan suaminya Kazuhiko, 61, menyaksikan Brazil membelasah China 5-0 dan Zambia menentang Belanda untuk acara bola sepak wanita.
“Sangat menarik tetapi sayang tidak ramai penonton, bertuah kerana saya dapat menonton pemain berkelas dunia beraksi dengan kemahiran mereka di sini
“Perkara ini tidak akan berlaku lagi dalam hidup saya,” kata Hikari.-AFP