SAINT PETERSBURG, Rusia : Jaringan sendiri pemain tengah Switzerland Denis Zakaria memberi kelebihan buat Sepanyol pada babak pertama.
Dalam aksi suku akhir pertama kedua-dua pasukan, Sepanyol yang turun sebagai pasukan pilihan lebih banyak menguasai permainan berbanding pasukan Switzerland.
Menerusi sepakan penjuru sebelum bola singgah di kaki Jordi Alba yang tidak menunggu lama untuk melakukan rembatan deras yang terkena Zakaria sebelum bola menerjah jaring pada minit kelapan.
Jaringan itu, memberi gol pembukaan kepada skuad La Roja dalam aksi tersebut.
Penguasaan bola juga memihak kepada Sepanyol dengan 67 peratus berbanding Switzerland yang hanya mempunyai 33 peratus pada tempoh 45 minit pertama.
Memasuki bilik persalinan sudah pasti banyak yang ingin diperkatakan oleh jurulatih Swiss, Vladimir Petkovic dan juga pengendali Sepanyol, Luis Enrique kepada anak buah masing-masing.
La Roja berjaya mengakhiri babak pertama dengan kelebihan 1-0 ke atas Switzerland dalam aksi yang berlangsung di Gazprom Arena. – AGENSI