Gilmore tersingkir pada pusingan ketiga - Utusan Malaysia

Gilmore tersingkir pada pusingan ketiga

Stephanie Gilmore tersingkir daripada pusingan ketiga acara luncur air Sukan Olimpik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Juara dunia tujuh kali, Stephanie Gilmore mengakui sikap ‘terlalu memilih’ membuatkan impiannya untuk meraih pingat emas pertama dalam acara luncur air di Sukan Olimpik berakhir.

Gilmore tersingkir pada pusingan ketiga oleh peserta Afrika Selatan, Bianca Buitendag.

Buitendag menguasai Pantai Tsurigasaki dengan melompat ke dalam ombak besar pertama dalam saingan itu dan membuatkan Gilmore terpaksa akur dngan perkara itu.

“Saya melihat ombak itu dan berfikir, ia tidak cukup bagus dan saya biarkan dia mengambil ombak itu, dia mengubahnya kepada tujuh mata. Perakra itu sangat mengecewakan.

“Banyak ombak datang kemudian tetapi tidak sebagus itu. Mungkin saya terlalu memilih,” katanya yang sebelum ini menjadi pilihan untuk meraih pingat emas di Tokyo.

Gilmore menyertai atlet No.2 dunia dari Perancis, Johanne Defay, yang tewas kepada Yolanda Hopkins.-AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya