Gardenia laksana enam ciri SOP kawal penularan Covid-19 - Utusan Malaysia

Gardenia laksana enam ciri SOP kawal penularan Covid-19

GARDENIA Bakeries (KL) Sdn. Bhd. melaksanakan pengasingan pekerja-pekerja menerusi waktu daftar masuk (clock-in) yang berbeza dengan mereka yang berstatus risiko rendah sahaja dibenarkan memasuki kawasan kilang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Syarikat pengeluar roti terkenal, Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. (GBKL) melaksanakan enam ciri-ciri pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan kesemua pekerja yang memasuki kawasan kilang sihat bagi mengawal penularan pandemik Covid-19.

Pengurus Kanan Pengurusan Sistem dan Perhubungan Institusi merangkap Ketua Jawatankuasa Halal GBKL, Azmy Roslin berkata, perkara utama yang dilakukan ialah penjagaan pintu masuk apabila hanya membenarkan pekerja yang berstatus risiko rendah di profil aplikasi MySejahtera masuk ke kawasan kilang.

Katanya, GBKL juga melakukan penguatkuasaan menerusi audit atau pemeriksaan berkala dalaman yang dilakukan secara harian oleh jabatan masing-masing dan secara bulanan yang dijalankan oleh pasukan audit daripada pelbagai jabatan.

“Ciri-ciri pelaksanaan SOP ketiga ialah pemantauan berterusan kes Covid-19 menerusi penggunaan teknologi maklumat secara real time dalam pelaporan kes positif di semua kilang.

“GBKL juga melaksanakan pengasingan pekerja-pekerja menerusi waktu daftar masuk (clock-in) yang berbeza, kantin yang berasingan antara pekerja-pekerja daripada pengeluaran yang berlainan serta pengasingan pekerja yang tinggal di asrama mengikut kilang dan pengeluaran,” katanya pada taklimat media sempena lawatan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) ke kilang patuh SOP sepanjang tempoh pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) di kilang GBKL di Seksyen 26, di sini hari ini.

Turut hadir Pengurus Besar Pemasaran dan Perhubungan Awam GBKL, Hazlinah Harun.

Mengulas lanjut, Azmy memberitahu, ciri-ciri pelaksanaan SOP kelima adalah memberikan peringatan yang berterusan melalui taklimat harian ketika pertukaran syif bekerja selain menampal poster dan notifikasi mengenai pematuhan SOP dalam bahasa Melayu, Inggeris, Urdu dan Nepal.

Jelasnya, program sanitasi turut dilakukan setiap kali pertukaran syif di pengeluaran serta tiga kali sehari di kawasan umum melibatkan kawasan kantin dan surau.

“SOP dijalankan di kilang ini mematuhi kehendak Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan kerjasama diberikan daripada peringkat atasan sehingga pekerja.

“Untuk kelangsungan perniagaan, kita tidak ada pilihan lain, mesti mematuhi SOP memandangkan kita merupakan perkhidmatan essential dan setelah diberikan kepercayaan oleh MITI dan MKN, kami perlu menjaga sebaik mungkin SOP ditentukan bagi memastikan kami dapat beroperasi,” katanya.

Sementara itu, Azmy memberitahu, sehingga kini, 92 peratus daripada keseluruhan 2,871 pekerja GBKL sudah menerima suntikan vaksin dos pertama yang diambil di Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam antara 14 hingga 17 Julai lalu menerusi Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS).

“Kami menjangkakan semua 2,635 pekerja yang sudah menerima suntikan dos pertama ini akan lengkap menerima dos kedua dalam masa sebulan lagi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya