LONDON: Bekas bintang England Wayne Rooney mendakwa dia diperangkap dan telah membuat laporan polis susulan gambarnya tertidur di bilik hotel dengan dua wanita separuh bogel tular di media sosial.
Pengendali Derby berusia 35 tahun itu, dirakam memeluk pinggang seorang wanita di kelab malam di Manchester.
Gambar lain pula, menunjukkan Rooney tertidur di bilik hotel dengan sekurang-kurangnya dua orang wanita yang hanya memakai pakaian dalam.
Gambar-gambar itu dirakam, Sabtu lalu iaitu hujung minggu pertama kelab-kelab malam di England kembali beroperasi selepas 15 bulan ditutup akibat pandemik Covid-19.
Bekas penyerang England itu, dipercayai tidak menyedari gambar yang diambil tanpa persetujuannya.
Rooney adalah penjaring terbanyak England, meledak 53 gol dalam 119 penampilan bersama skuad Three Lions.
Sebahagian besar karier kelab penyerang itu adalah bersama Manchester United, di mana dia meledak 183 gol dalam 393 penampilan.
Rooney turut memenangi 16 trofi bersama United, yang disertainya pada usia 18 tahun dari Everton.
Dia turut merangkul beberapa anugerah peribadi termasuk Pemain Terbaik PFA 2009-10 dan Pemain Terbaik Bulanan Liga Perdana Inggeris.- AGENSI