FAM hanya rancang tapi tidak beri jaminan layak ke Olimpik 2024 - Utusan Malaysia

FAM hanya rancang tapi tidak beri jaminan layak ke Olimpik 2024

ONG KIM SWEE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak memberi jaminan bahawa skuad Bawah 20 tahun (B-20) negara yang dipersiapkan bermula dengan aksi Kelayakan Piala Asia B-23 2022 mampu layak ke Sukan Olimpik 2024.

Bagaimanapun, Pengarah Teknikal FAM Datuk Ong Kim Swee menegaskan usaha dan perancangan perlu dirangka bagi memastikan sasaran itu berjaya direalisasikan. 

“Saya tidak berani menjanjikan (layak ke Olimpik). Bukan bermakna jika kita hantar pemain bawah 20 tahun, kita akan layak ke Olimpik 2024.

“Tetapi perancangan perlu ada kerana barisan pemain ini tidak bersama hampir dua tahun dan kita tahu pemain ini merupakan pemain generasi masa hadapan.

“Jika mereka dikumpulkan bersama pada tahun ini untuk kelayakan dan contoh jika mereka layak ke pusingan akhir bayangkan berapa banyak kejohanan penting yang akan mereka lalui sebaliknya jika tidak layak kita harus mempersiapkan mereka untuk kelayakan akan datang.

“Kelayakan pada bulan Oktober ini akan memberi mereka pengalaman dan pendedahan serta apa yang perlu kita capai. Kita akan bermain dengan Mongolia, Thailand dan Laos,” katanya.

Skuad bola sepak Malaysia berjaya layak dua kali untuk beraksi Sukan Olimpik iaitu pada tahun 1972 dan 1980 namun hanya temasya di Munich menyaksikan pasukan kebangsaan beraksi manakala di Moscow kerajaan memboikot.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya