Euro 2020: Ramalan tuah jersi putih menyebelahi England - Utusan Malaysia

Euro 2020: Ramalan tuah jersi putih menyebelahi England

PEMAIN England menyarung jersi warna putih yang juga jersi ‘home’mereka dalam Kejohanan Euro 2020. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tatkala ramai pemerhati bola sepak memilih England sebagai juara berikutan persembahan mereka di Euro 2020, nampaknya ramalan jersi berwarna putih membawa tuah kepada pasukan menyarungnya pada kejohanan kali ini turut menyebelahi skuad Three Lions.

Daripada empat pasukan yang beraksi di peringkat separuh akhir, hanya England yang menjadikan putih sebagai warna jersi ‘home’ mereka.

Jersi ‘home’ lawan Three Lions iaitu Demark pula adalah berasaskan warna merah.

Apatah lagi England adalah pasukan ‘home’ dalam perlawanan separuh akhir yang dijadualkan berlangsung di Stadium Wembley, London itu.

Situasi itu berterusan sehingga ke perlawanan akhir yang mana sama ada diletakkan sebagai pasukan tuan rumah atau pelawat, England masih boleh menyarung jersi warna putih sekiranya layak ke peringkat itu.

Dalam satu lagi perlawanan separuh akhir, ramalan ‘tuah jersi putih’ mungkin tidak dapat  digunakan memandangkan tiada ‘’pertembungan’ warna antara Itali menentang Sepanyol.

Jersi ‘home’ bagi pasukan Itali yang diletakkan sebagai pasukan tuan rumah dalam perlawanan itu adalah warna biru manakala Sepanyol berasaskan warna merah.

Namun, Sepanyol boleh memilih jersi áway”warna putih yang dianggap ‘membawa tuah’ kepada mereka selepas memang di peringkat pusingan kedua dan suku akhir dengan menyarung jersi warna tersebut.

Sehingga kini, ramalan pasukan yang menyarung jersi warna putih dapat memenangi perlawanan mereka adalah tepat.

Ini selepas England yang menjadi pasukan terakhir mengesahkan tiket ke separuh akhir turut memakai jersi warna itu semasa berpesta gol menundukkan cabaran Ukraine 4-0.

Denmark yang menanti skuad Three Lions dalam perlawanan pada 8 Julai ini juga memenangi perlawanan suku akhir mereka menumpaskan Republik Czech 2-1 dalam jersi warna putih.

Terdahulu, pasukan Itali meneruskan kemaraan ke separuh akhir Euro 2020 selepas menewaskan Belgium memilih memakai warna putih dalam perlawanan itu walaupun tradisinya skuad Azzurri menggunakan biru sebagai warna rasmi.

Begitu juga Sepanyol yang memilih ‘jersi away’ warna putih semasa menewaskan Switzerland untuk melangkah ke separuh akhir Euro 2020. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya