PETALING JAYA: Sejak beberapa hari lepas, tular di media sosial mengenai kontroversi dan ‘perselisihan faham” diantara penyanyi dan usahawan, Caprice serta pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew berhubung isu yang berlaku di Gaza.
Menerusi entri Instagram, Caprice memaklumkan dia akan mendedahkan perkara sebenar yang berlaku di sana menerusi Instagram Live pada 21 Julai ini, jam 10 malam waktu Malaysia.
Coretnya menerusi perkongsian di Instagram, penyanyi rap itu sudah mendapat lokasi yang selamat bagi membuat sesi Instagram Live tersebut bagi mendedahkan serta menceritakan situasi sebenar demi masa depan rakyat Malaysia dan ummah.
Tinjauan Utusan Malaysia di Twitter mendapati, rata-rata warganet bagaikan tidak sabar untuk mengetahui pendedahan yang ‘disajikan’ oleh Caprice itu.
Selain itu, perkara tersebut juga menimbulkan tanda tanya dan teka-teki pelbagai pihak sementelah tindakannya yang tetap mahu menunggu Rabu ini walaupun sudah memberi beberapa kenyataan sehingga dikecam ramai.
“Aku rasa semua ini gimik sahaja. Entah-entah 21 Julai nanti keluar duet Caprice dengan Ustaz Ebit Lew, lagu Arab barangkali.
“Cepatlah 21 Julai, lama betul. Tetapi secara ringkasnya, Caprice cuma ingin memberitahu mengenai kerajaan. Ustaz Ebit Lew turut menerima tempias sekali, dia adalah seorang yang baik. Tetapi ada sesuatu yang tidak baik berlaku terhadap orang baik. Aku jadi sensitif.
“Sekarang ini kenapa lama sangat sampai nak tunggu 21 Julai baru nak memberitahu semua benda. Tak fahamlah dalam Instagram dia cerita separuh tak habis jalan ini,” coret warganet menerusi ciapan di Twitter.
Dalam pada itu, segelintir warganet juga menegaskan kepada orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi buat masa serta tidak menjadi pentaksub terhadap kedua belah pihak.