Euro: Enrique yakin 'La Roja' bakal bersaing di final

Enrique yakin ‘La Roja’ bakal bersaing di final

LUIS Enrique mahu menjadikan Sepanyol sebagai pesaing untuk memenangi Euro 2020. - AFP  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENGENDALI Sepanyol, Luis Enrique yakin ‘La Roja’ kini kembali menjadi pesaing untuk memenangi Euro 2020, tetapi Switzerland yang berjaya me­numpaskan Perancis akan memberikan ujian yang sukar di Saint Petersburg, Rusia pada esok.

“Kami mendapat momentum. Saya pasti bahawa jika an­da bertanya kepada pasukan la­wan, tidak ada yang akan se­nang bermain menentang kami.

“Sekarang kita harus bermain menentang Switzerland yang mempunyai pemain hebat. Anda tidak boleh mengharapkan pasukan yang lemah pada pusingan suku akhir,” kata Enrique.

Bagi Sepanyol, Enrique diha­rapkan dapat mengekalkan 11 barisan pemain utama yang sama ketika menumpaskan Croatia 5-3, dengan Ferran Torres, Pablo Sarabia dan Jordi Alba bergabung dengan Alvaro Morata sebagai pemusnah pasukan lawan.

Morata membantu kemena­ngan 5-3 ke atas Croatia tetapi Sepanyol perlu mengurangkan kesilapan jika mahu kejuaraan keempat Eropah.

Penyerang Juventus itu dan keluarganya sebelum ini me­ne­rima ugutan daripada penyo­kong di Seville selepas pres­tasi hambar tanpa sebarang gol dalam beberapa perlawanan awal di peringkat kumpulan.

Bagaimanapun Enrique tetap memberi kepercayaan kepada Morata esok.

Pemain pertahanan, Cesar Azpilicueta dan Eric Garcia turut akan dikekalkan dengan dibantu Marcos Llorente dan Pau Torres untuk mengukuhkan benteng Sepanyol dari serangan penyerang Switzerland, Breel Embolo, Haris Seferovic dan pemain tengah, Xherdan Shaqiri.

Sementara itu, bagi Unai Simon yang menjadi bahan jenaka penyokong La Roja selepas penjaga gawang itu menjaringkan gol sendiri ketika menentang Croatia yakin Sepanyol mampu mengatasi pasukan lawan.

“Perlawanan suku akhir bergantung pada kami bukan sai­ngan kami. Tidak masalah sama ada Perancis, Swiss, Ukraine. Kami di sini untuk menang jadi kami harus berdepan dan me­ngalahkan yang terbaik,” kata Simon.

Dalam 22 pertemuan, Sepanyol hanya tewas sekali kepada Switzerland, menang 16 kali dan sisanya seri. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya