Empat kedai, tiga kereta rosak dihempap pokok - Utusan Malaysia

Empat kedai, tiga kereta rosak dihempap pokok

SALAH sebuah kedai yang rosak teruk selepas dihempap sebatang pokok sena yang tumbang dalam kejadian ribut di Taman Desa Meranti, Padang Temusu, Sungai Petani. - UTUSAN/ABD. RAZAK OSMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Empat buah kedai makanan rosak selepas dihempap sebatang pokok sena yang tumbang dalam kejadian ribut di Taman Desa Meranti, Padang Temusu, Jalan Tikam Batu di sini hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azahar Ahmad berkata, tiga buah kereta milik peniaga kedai makan terbabit yang terletak di kawasan itu turut mengalami kerosakan dalam kejadian ribut pada pukul 5 pagi.

Menurutnya, seramai enam orang anggota APM melakukan kerja-kerja memotong pokok sena yang tumbang itu.

“Sebuah van terletak di hadapan pejabat Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul juga nyaris ditimpa pokok tersebut,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurutnya, kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB), Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut membantu kerja-kerja memotong pokok dan membersihkan kawasan tersebut.

Seorang pemilik kedai nasi kampung ikan bakar, Sukri Ismail, 44, berkata, kedai miliknya ranap selepas dihempap pokok dalam kejadian ribut itu.

Malah katanya, sebuah kereta jenis Innova miliknya turut rosak di bahagian bumbung.

“Saya tidak boleh berniaga dalam tempoh kira-kira seminggu untuk kerja-kerja membaik pulih kedai yang rosak teruk itu,” katanya.

Peniaga kedai tomyam, Norizan Ahmad, 43, berkata, dia sedih sekali bila melihat kedai tempat mencari rezeki rosak ditimpa pokok sena yang tumbang itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya