Ekonomi perlu 15 tahun untuk pulih - Ku Li - Utusan Malaysia

Ekonomi perlu 15 tahun untuk pulih – Ku Li

TENGKU RAZALEIGH HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Beberapa generasi kepemimpinan negara mungkin perlu mewarisi masalah kebejatan ekonomi yang melanda negara akibat serangan Covid-19 berikutan pemulihannya dijangka mengambil masa sehingga 15 tahun.

Ini kerana, pemulihan yang perlu dilakukan bukanlah satu tugas mudah lebih-lebih lagi dalam keadaan kerajaan sekarang yang dikatakan berada dalam keadaan tidak kukuh dan kurang mendapat keyakinan pelabur luar.

Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, sejak negara mencapai kemerdekaan, keadaan ekonomi dan serangan pandemik ini adalah yang terburuk pernah dialami negara ini.

“Ada pakar-pakar dalam perundingan saya dengan mereka tak berhenti-henti menasihati saya supaya ambil tahu keadaan sebenar yang kita hadapi.

“Mereka kata kita akan makan masa sekurang-kurangnya 10 hingga 15 tahun baharulah kita pulih daripada tempoh ini. Kalau 15 tahun, itu bererti satu generasi lebih, ertinya kita-kita ini (generasi beliau) tidak akan dapat merasa pemulihan kalau ikut jangkaan yang dibuat oleh pakar-pakar ini,” katanya dalam wawancara dihoskan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaafar.

Dalam wawancara itu, beliau turut mengulangi pendirian kerajaan sekarang perlu melalui proses pengesahan melalui Dewan Rakyat untuk memastikan sokongan walaupun dilantik secara sah oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Februari 2020.

Kata Ahli Parlimen Gua Musang itu, istilah ‘kerajaan gagal’ seperti yang tular dalam media sosial adalah definisi tepat untuk menggambarkan keadaan sekarang apabila mendakwa ramai orang tidak dapat dibantu walaupun peruntukan besar dikeluarkan.

“Banyak dasar diperkenalkan Kerajaan PN (perikatan Nasional) tetapi ke mana pergi duit yang beribu-ribu juta diperuntukkan untuk menolong orang yang menutup kedai-kedai, peniaga-peniaga kecil di tepi jalan, nampaknya mereka tak dapat bantuan, ramai yang berjumpa dengan saya.

“Polis yang menjaga sekatan jalan raya (SJR) pernah datang mengadu dengan saya, elaun yang diumumkan tidak diterima pun. Sekarang barangkali sudah dibayar atau tidak saya tidak tahu,” katanya.

Dalam pada itu, Ku Li turut memaklumkan wabak pandemik adalah ujian tuhan paling sukar melanda negara yang mungkin meminta manusia di seluruh dunia supaya insaf dan sentiasa cermat dalam kehidupan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya