PETALING JAYA: Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) yakin akan dapat mencapai sasaran pelaburan tahun 2021 untuk negeri Terengganu menjelang penghujung tahun ini. Setakat 30 Jun 2021, ECERDC telah berjaya menarik pelaburan sebanyak RM2.7 bilion daripada sasaran pelaburan komited RM3.9 bilion untuk tahun 2021 ke Terengganu. Ini dijangka akan mewujudkan sebanyak 3,040 pekerjaan dan 214 peluang keusahawanan baharu bagi rakyat di Terengganu. “Susulan kemasukan pelaburan yang memberangsangkan untuk tahun 2021 setakat ini, ECERDC akan meneruskan usaha untuk memastikan projek-projek dan inisiatif-inisiatif yang sedang berjalan seperti kerja-kerja infrastruktur dan program-program…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya