Ebit Lew masuk Gaza: Tak payah nak kecoh lagi, kata netizen - Utusan Malaysia

Ebit Lew masuk Gaza: Tak payah nak kecoh lagi, kata netizen

EBIT LEW dan MUHAMMAD NADIR AL-NURI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rata-rata warganet memberikan reaksi berbeza terhadap dakwaan dan kritikan terhadap Ustaz Ebit Lew (UEL) atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew.

Ini berikutan dakwaan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman terhadap kaedah pasukan UEL untuk masuk ke Semenanjung Gaza, Palestin, baru-baru ini.

Seorang netizen yang menggunakan nama ‘Fizah Anda” menyifatkan perkara tersebut tidak perlu ‘dikecohkan lagi’ dan sepatutnya berterima kasih kepada UEL kerana sudah melaksanakan bantuan tersebut.

“Demi keselamatan dan bantuan sampai tak usah diisu sangat soal masuk dan bayaran, yang penting sampai.

“Daripada nilai sumbangan rakyat Malaysia, berapa banyak dah, tetapi tak tahu brapa peratus sahaja (yang) sampai, selebihnya untuk apa. UEL sudah laksanakan, tak payah nak kecoh lagi.. sepatutnya berterima kasih,” katanya yang dipetik dari ruangan komen Utusan Online.

Sementara itu, seorang netizen yang menggunakan nama Shamsuddin Shuib berkata, perkara yang penting adalah masuk ke Semenanjung Gaza dan memberi bantuan walau dengan apa cara sekalipun.

“Asal tidak menyalahi undang undang negara tersebut. Dan bantuan sampai pada penerima yang disasarkan.

“UEL buat cara dia, pertama kali pula itu. Apa kuasa Nadir hendak tentukan orang ikut cara dia,” katanya.

Dalam pada itu, seorang warganet yang menggunakan nama Adam Harriz pula menyifatkan, UEL melanggar etika dan perlu menghormati pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain.

“UEL memang hendak bantu orang, dalam masa yang sama dia mengejar populariti.

“Dia (UEL) telah melanggar etika, tolong hormati NGO yang lain. Memang duit yang masuk ratusan juta, tetapi tolong seimbangkan,” katanya.

Sehingga kini, kritikan berkenaan mendapat lebih 2,000 tanda suka dan pelbagai komen daripada warganet. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN