Ebit Lew 'live' 12 tengah hari esok - Utusan Malaysia

Ebit Lew ‘live’ 12 tengah hari esok

EBIT LEW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pendakwah terkenal, Ebit Lew akan bersiaran langsung pukul 12 tengah hari esok bagi menjawab kepada semua berhubung fitnah yang melampau dan langsung tak berasas terhadap dirinya.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ebit dalam Facebook beliau sebentar tadi.

Ia dipercayai membabitkan dakwaan terhadapnya oleh beberapa pihak berhubung isu misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, Palestin, baru-baru ini.

“Doakan esok pukul 12 tengah hari saya akan live menjawab kepada semua fitnah yang melampau dan langsung tak berasas terhadap saya,” katanya.

Petang tadi, Ebit membuat membuat laporan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangibagi membolehkan siasatan dilakukan jika wujud unsur-unsur fitnah berbentuk jenayah terhadap pendakwah tersebut.

Beliau mendakwa, ia ekoran tuduhan oleh beberapa pihak termasuk penyanyi rap, Ariz Ramli atau Caprice dan rakyat Malaysia yang tinggal di Gaza, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamamrulzaman atau dikenali sebagai Nadir Al-Nuri adalah tidak berasas sehinggakan mengganggu emosi ahli keluarga serta pasukannya.

Dalam pada itu, Ebit benar-benar kecewa dan sedih terhadap isu membabit namanya sehingga menyebabkan arwah bapa, isteri dan anak-anak menangis kerana tertekan.

“Saya reda kepada pada Allah. Saya diam belum ada sepatah atau kenyataan daripada saya.

“Makin ramai buat kenyataan tentang saya. Ini tentang saya, keluarga dan team saya. Menyebabkan arwah bapa saya menangis. Isteri dan anak saya menangis tertekan. Saya benar-benar kecewa dan sedih.

“Saya berdoa dan serahkan semuanya pada Allah,” kata beliau. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN