EAIC tingkat usaha perkasa budaya integriti - Utusan Malaysia

EAIC tingkat usaha perkasa budaya integriti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) akan meningkatkan usaha memperkasa budaya berintegriti dalam kalangan
pegawai penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan di bawah seliaanya di Selangor serta seluruh negara amnya selaras dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

EAIC dalam satu kenyataan memaklumkan, ia berikutan peranannya selaku agensi yang bertanggungjawab mengawal selia pematuhan integriti pegawai penguat kuasa dan agensi
penguatkuasaan di bawah Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700].

“EAIC menjunjung kasih atas titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni
Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj pada Rabu, 28 Julai 2021 yang telah menzahirkan kebimbangan terhadap aktiviti rasuah atau
pecah amanah yang boleh meruntuhkan imej pentadbiran dan nama baik pegawai Kerajaan di Negeri Selangor.

“EAIC menyanjung tinggi pendirian dan ketegasan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dalam memastikan aktiviti rasuah atau pecah amanah di
Negeri Selangor dapat dibenteras” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya