Durian Hijau Beserah diminati kerabat, ditempah awal - Utusan Malaysia

Durian Hijau Beserah diminati kerabat, ditempah awal

PESARA guru, Heng Jee Chin, 63, menunjukkan Durian Hijau Beserah yang sentiasa diburu oleh penggemar durian dari seluruh negara di Beserah, Kuantan, Pahang. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Durian Hijau Beserah di sini boleh diibaratkan sebagai ‘pisang goreng panas’.

Ini kerana setiap tahun peminat raja buah itu pasti menunggu bila ia gugur dan membuat tempahan awal bagi menikmati keenakannya.

Setiap tahun, Durian Hijau Beserah pasti mendapat tempahan dalam kalangan kerabat diraja dan pemimpin politik bukan sahaja di negeri ini malah seluruh negara.

Keenakan durian itu bukan sahaja diketahui dalam kalangan rakyat di negara ini, malah turut mendapat permintaan sehingga ke Singapura.

Pengusaha Durian Hijau Beserah, Goh Woy Yeong, 94, berkata, selain Musang King, Durian Hijau Beserah juga mempunyai peminatnya yang tersendiri.

“Setiap tahun durian ini (Durian Hijau Beserah) pasti ditunggu-tunggu oleh peminat raja buah ini untuk merasai keenakan isinya.

“Isi yang tidak terlalu tebal (tidak hingga menyebabkan pemakannya cepat muak seperti sesetengah durian lain) dan sebiji durian memang penuh dengan isi di setiap pangsa menjadikan ia dikatakan mampu menandingi Musang King,” katanya ketika ditemui Utusan Online  di Beserah, di sini hari ini.

Woy Yeong berkata, harga Durian Hijau Beserah dijual dengan sekitar RM30 hingga 35 sekilogram.

Menurutnya, di daerah lain di negeri ini memang terdapat durian hijau tetapi rasanya tidak sama seperti Durian Hijau Beserah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya