NAKHON RATCHASIMA: Pengendali van pelancongan, Punnawit Jaenlue kebiasaannya dapat ‘bergerak’ 20 trip sebulan, dan mengutip sekurang-kurangnya 50,000 baht (RM6,000).
Bangkok Post melaporkan, namun dengan pandemik Covid-19 selain larangan rentas wilayah, dia kini bingung mencari sumber kewangan untuk membayar pinjaman bulanan vannya.
Jaenlu, 41, bukan dia seorang berdepan nasib sedemikian.
Dia dan beberapa lagi pengusaha kini terdesak memerlukan bantuan.
Jaenlu mengusahakan van pelancongan di daerah Phimai dan tiada yang mahu menggunakan kenderaan itu untuk melancong.
Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) baru-baru ini mengetatkan kawalan pergerakan termasuk perintah berkurung pada waktu malam di Bangkok dan beberapa wilayah bagi mengekang penularan Covid-19.
Jaenlu berkata, dia dan pengusaha lain kini dihimpit masalah kewangan.