Dua lelaki halang tugas penjawat awam direman tiga hari

Dua lelaki halang tugas penjawat awam direman tiga hari

ADZLI ABU SHAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Dua lelaki yang disyaki menghalang tugas penjawat awam di sekatan jalan raya (SJR) di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) daerah Kuala Muda direman tiga hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah yang dihubungi berkata, kedua-dua suspek yang berumur 47 dan 44 tahun itu direman bermula hari ini hingga 10 Julai depan.

Menurutnya, perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Sungai Petani, Dalilah Ismail secara dalam talian hari ini berikutan kedua-dua suspek merupakan penduduk yang dikuarantin di bawah PKPD.

“Dua lelaki itu reman untuk membantu polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 kanun sama.

“Penduduk tempatan itu juga didakwa melanggar SOP PKPD mengikuti Peraturan 16(1) Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (LLDKTJ) Pelan Pemulihan Negara 2021,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Dua lelaki itu ditahan di dua SJR PKPD secara berasingan kerana menghalang tugas polis dan gagal mematuhi SOP di dua lokaliti di sini bermula 5 Julai hingga 18 Julai.

Dalam kejadian pertama, lelaki berumur 47 tahun dan tidak bekerja itu ditahan di SJR Taman Bandar Baru, Sungai Lalang di sini pada pukul 1.15 petang.

Sementara itu, lelaki kedua pula membabitkan seorang pemandu bas kilang berumur 44 tahun yang enggan mematuhi arahan berpatah balik oleh anggota petugas di SJR PKPD di hadapan sebuah kilang di Bakar Arang di sini pada pukul 1.35 petang. 

Malah suspek itu juga turut mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota bertugas di SJR berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya