Dua keluarga kibar bendera putih dibantu - Utusan Malaysia

Dua keluarga kibar bendera putih dibantu

RUMAH penduduk yang mengibarkan bendera putih di Jalan Jati, Bagan Serai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Dua keluarga di Jalan Jati di sini tiada pilihan apabila mengibarkan bendera putih di rumah mereka setelah kehabisan makanan.

Ibu tunggal tiga anak, G. Devi, 40, berkata, dia berbuat demikian kerana bekalan makanan harian di rumahnya habis sejak semalam.

Katanya, dia tidak tahu hendak meminta tolong kepada siapa untuk mengharapkan bantuan segera.

“Ada rakan yang memberitahu sekiranya saya benar-benar terputus bekalan makanan, kibar bendera putih di depan rumah,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, dia yang bekerja sebagai pencuci rumah hilang punca pendapatan semasa pelaksanaan Perintah Kawala Pergerakan (PKP) kerana tiada pelanggan yang memerlukan khidmatnya.

Katanya, berikutan kesusahan hidup yang dialami bersama anak-anaknya, seorang anaknya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) menerima bantuan bulanan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Katanya, dengan wang itu dia membeli barang keperluan harian untuk mereka sekeluarga.

“Baru-baru ini saya terpaksa gunakan wang bantuan itu untuk membayar bil elektrik yang tertunggak bagi mengelak bekalan elektrik dipotong.

“Sekarang saya bimbang kerana sewa rumah tertunggak kerana saya tiada wang,” katanya.

Sementara itu, S. Saroja, 64, turut mengibarkan bendera putih kerana masalah yang sama.

Katanya, anak perempuannya mengibarkan bendera putih kerana mereka tiada lauk untuk dimakan.

“Beras, kopi dan gula ada tapi lauk tidak ada kerana kami tak ada wang,” katanya.

Dua keluarga itu dibantu Yayasan Amal Malaysia cawangan Perak yang menyumbangkan barangan keperluan asas setelah menerima maklumat daripada orang ramai mengenai keluarga berkenaan yang mengibarkan bendera putih.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya