TOKYO: Novak Djokovic akan memulakan pemburuan pingat emas Sukan Olimpiknya hari ini selepas temasya itu ditangguhkan selama setahun akibat pandemik Covid-19.
Djokovic bagaimanapun menyuarakan kebimbangannya terhadap protokol kesihatan yang ketat dan kekurangan penonton dalam usahanya memburu Grand Slam Emas.
“Tanpa elemen penting dalam sukan seperti penonton, tenaga dari luar sudah pasti ia menjadi sedikit janggal tetapi ia adalah Sukan Olimpik,” kata pemain No.1 dunia itu.
Djokovic akan berdepan Hugo Dellien dalam aksi pembukaan yang menyaksikan lebih daripada separuh pemain utama dunia tidak hadir termasuk juara Olimpik 2008, Rafael Nadal dan Roger Federer.
Bintang Serbia itu menjadi pemain pilihan untuk mengulangi pencapaian Steffi Graf pada 1988 selepas dia memenangi Grand Slam Emas selepas menjuarai Terbuka Australia, Perancis dan Wimbledon tahun ini.
Pemain No.1 wanita, Ashleigh Barty akan membuat penampilan pertamanya buat Australia bersama Storm Sanders dalam acara beregu wanita.
Naomi Osaka akan membuat penampilan pertama, esok selepas menarik diri secara mengejut akibat masalah kesihatan mental di Terbuka Perancis.-AFP