Djokovic lepasi pusingan awal - Utusan Malaysia

Djokovic lepasi pusingan awal

Serbia's Novak Djokovic returns a shot to Bolivia's Hugo Dellien during their Tokyo 2020 Olympic Games men's singles first round tennis match at the Ariake Tennis Park in Tokyo on July 24, 2021. (Photo by Giuseppe CACACE / AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Novak Djokovic memulakan kempen pemburuan pingat emas dengan kemenangan mudah dengan bintang tenis dunia bergelut dengan cuaca panas di Tokyo.

Pemain No.1 dunia itu mudah menewaskan pemain Bolivia, Hugo Dellien 6-2, 6-2 bagi mengelak tersingkir pada pusingan pertama di Rio 2016.

“Memang mencabar tetapi saya gembira kerana berjaya melepasi pusingan pertama.

“Saya tidak rasa seperti sangat cemerlang di atas gelanggang tetapi saya puas hati untuk aksi pertama,” katanya yang tewas kepada Juan Martin del Potro di Olimpik Rio 2016.

Djokovic berjaya mengelakkan cuaca panas di Ariake Tennis Park kerana beraksi dalam cuaca teduh ketika hampir petang.

“Cuaca sangat panas dan kadar kelembapan sangat tinggi. Memang sangat panas dan haba terperagkap di sini dan tidak banyak angin ketika saya beraksi,” katanya.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya