Olimpik Tokyo: Diri sendiri jadi ‘musuh’ penembak negara

Diri sendiri jadi ‘musuh’ Suryani

NUR Suryani Taibi kini fokus kepada latihan teknik di lapang sasar padang menjelang Sukan Olimpik di Tokyo.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Berjuang me­lawan diri sendiri adalah fokus utama bagi atlet penembak negara, Nur Suryani Taibi dalam usaha memperoleh keputusan terbaik pada penampilan ke­dua­nya di Sukan Olimpik.

Jelas atlet berusia 39 tahun itu, dia tidak mahu terlalu memikirkan potensi pencabar lain kerana ia boleh mencetuskan tekanan yang tidak sepatutnya.

Tambah Nur Suryani, yang akan bertanding dalam acara 50 meter rifle tiga posisi, dia kini giat membuat persediaan kendiri terutama mental dan fizikal bagi penampilan kedua­nya selepas Olimpik 2012 di London.

“Ada negara-negara lain yang terlibat dalam kejohanan Piala Dunia di Croatia menje­lang Olimpik. Apa yang penting, lebih baik fokus kepada persediaan terhadap diri sendiri berbanding mengambil tahu pencabar lain.

“Ini kerana dalam acara me­nembak, kita akan berjuang menentang diri sendiri. Sebagai contoh, saya perlu cuba elak melakukan kesilapan ketika membidik,” katanya dalam sidang akhbar secara dalam ta­lian, semalam.

Mengulas lanjut, Nur Surya­ni berkata, persiapannya menjelang Olimpik kali ini di Tokyo tetap berjalan lancar biarpun sudah setahun lebih tidak menyertai sebarang pertandingan yang kompetitif.

“Semasa belum masuk kem latihan, sebenarnya saya ada banyak lakukan latihan di rumah supaya tidak terkejar-kejar de­ngan persediaan singkat. Sekarang saya cuma fokus pada latihan teknik ketika di lapang sasar.

“Acara kegemaran ataupun tidak, sebenarnya ia tidak timbulkan situasi sukar kerana yang paling penting adalah untuk fokus serta jalankan tugas dengan baik. Saya tidak mahu beri tekanan pada diri sendiri,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya