Dicekup main judi loteri awam di medan selera - Utusan Malaysia

Dicekup main judi loteri awam di medan selera

SEBAHAGIAN daripada tujuh lelaki yang ditahan selepas disyaki terlibat dengan kegiatan judi loteri awam di sebuah medan selera di pekan Kepala Batas, Jitra, Kubang Pasu semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Seramai tujuh lelaki yang berkumpul kerana disyaki terlibat dengan kegiatan judi loteri awam haram ditahan di sebuah medan selera di pekan Kepala Batas, Jitra di sini semalam.

Serbuan dilakukan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu dan anggota Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Jitra hasil maklumat awam pada pukul 4 petang.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Rodzi Abu Hassan berkata, kesemua yang ditahan berusia antara 25 hingga 54 tahun dan tinggal di sekitar Jitra.

“Tangkapan turut melibatkan seorang suspek berusia 27 tahun yang disyaki menjalankan kegiatan judi tersebut.

“Dalam serbuan itu, kita merampas telefon bimbit jenis Nokia, satu unit pencetak mudah alih, sehelai kertas bercetak angka dan wang tunai berjumlah RM280,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jelas beliau, ketika serbuan dilakukan salah seorang suspek cuba melarikan diri dengan memberi alasan hanya singgah membeli minuman dan ada individu sempat meloloskan diri.

Rodzi memberitahu, kesemua suspek dikompaun RM4,000 seorang kerana berkumpul mengikut Peraturan 8(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

“Suspek yang disyaki menjalankan kegiatan judi loteri awam haram itu turut disiasat di bawah Seksyen 4A(a) Akta Rumah judi terbuka,” jelasnya.

Tambahnya, semua suspek direman selama dua hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya