Dhabitah mara ke final Olimpik Tokyo dengan senyuman manis - Utusan Malaysia

Dhabitah mara ke final Olimpik Tokyo dengan senyuman manis

NUR DHABITAH SABRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri meneruskan aksi cemerlang pada separuh akhir sekali gus layak ke final acara 3 meter (m) papan anjal individu wanita Sukan Olimpik Tokyo 2020, esok.

Dhabitah, 22, yang tidak lekang dengan senyuman setiap kali menghabiskan terjunan manamatkan saingan di kedudukan keenam daripada 18 penerjun dengan mengumpul 312.60 mata selepas melengkapkan lima terjunan.

Keputusan itu menyaksikan dia menyertai 12 penerjun lain mara di peringkat perebutan pingat.

Terjunan Dhabitah nyata lebih baik hari ini, apabila mengatasi markah 291.60 mata yang diperolehinya pada aksi kelayakan, semalam.

Sementara itu pemenang pingat emas Rio 2016, Shi Tingmao berpeluang mengekalkan kejuaraannya selepas mengungguli peringkat separuh akhir dengan mengumpul 371.47 mata. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya