Dewan Rakyat 26 Julai: Lebih kepada Sesi Penerangan Menteri-Menteri - Utusan Malaysia

Dewan Rakyat 26 Julai: Lebih kepada Sesi Penerangan Menteri-Menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sidang khas Dewan Rakyat yang bermula 26 Julai ini adalah lebih kepada sesi taklimat khas oleh para menteri.

Perkara tersebut dinyatakan dalam Takwim Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di mana sesi sidang selama lima hari itu adalah penerangan oleh menteri-menteri, khusus berkenaan isu Covid-19 dan kebajikan rakyat.

Menurut Parlimen, perbincangan tersebut termasuklah mengenai Ordinan Darurat dan persidangan secara hibrid di mana ia memerlukan pindaan dalam Perlembagaan.

Begitu juga dengan Pelan Pemulihan Negara yang turut perlu dibahaskan oleh ahli Dewan Rakyat selaras dengan saranan Yang di-Pertuan Agong untuk mengadakan pembukaan Parlimen dengan segera.

Bagaimanapun menurut Speaker Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim, Ahli Parlimen boleh menghantar soalan sama seperti persidangan sebelum ini untuk dibahaskan, namun hendaklah memberi keutamaan terhadap usul-usul kerajaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya