Denmark melangkah ke separuh akhir - Utusan Malaysia

Denmark melangkah ke separuh akhir

PEMAIN Denmark meraikan kejayaan mereka mara ke separuh akhir Euro 2020 selepas menundukkan Republik Czech 2-1 di Stadium Olimpik, Baku, hari ini.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAKU: Denmark mara ke saingan separuh akhir buat kali pertama sejak menjuarai Euro pada 1992 selepas mengatasi Republik Czech 2-1 di Stadium Olimpik, Baku, sebentar tadi.

Dalam saingan tersebut, skuad bimbingan Kasper Hjulmand terlebih dahulu selesa di depan apabila Thomas Delaney dan Kasper Dolberg menjaringkan gol, masing-masing pada minit kelima dan 42.

Denmark berjaya mengekalkan kelebihan 2-0 tersebut sehingga tamat separuh masa pertama, namun Republik Czech bangkit merapatkan jurang menerusi jaringan penyerang sensasi mereka, Patrik Schick, empat minit selepas waktu rehat.

Keputusan 2-1 tersebut bagaimanapun kekal sehingga tamat masa penuh permainan.

Kejayaan itu membolehkan skuad Danish Dynamite menempah pertemuan sama ada dengan England atau Ukraine, yang akan berlangsung di Stadium Olimpik, Rome, sebentar lagi.

Denmark melangkah ke separuh akhir buat kali keempat setelah melakukannya pada 1964, 1984 dan 1992.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya