BAKU, AZERBAIJAN: Denmark mahu mengulangi kejayaan pasukannya yang menjuarai kejuaraan Eropah pada tahun 1992, namun perlu mengatasi Republik Czech pada pusingan suku akhir Euro 2020 awal pagi Ahad ini.
Pada pusingan awal, Denmark berdepan kesukaran apabila tewas pada peringkat kumpulan kepada Finland dan Belgium, selepas perlawanan pertama dibayangi oleh pemain bintangnya, Christian Eriksen yang mengalami serangan jantung di atas padang.
Apabila mendapat sokongan padu peminat-peminat Copenhagen, mereka berjaya mengalahkan Rusia 4-1 untuk menduduki tempat kedua di Kumpulan B, sebelum berangkat ke Amsterdam untuk menewaskan Wales 4-0 pada saingan 16 terakhir.
Denmark sebelum ini belum pernah mara ke peringkat suku akhir kejohanan besar sejak menjulang piala 29 tahun lalu.
“Ini peluang yang tidak mungkin kita miliki lagi. Ia mengambil masa bertahun-tahun bagi banyak pemain. Kami ingin memanfaatkan peluang ini,” kata jurulatih Kasper Hjulmand.
Scandinavians menunjukkan prestasi cemerlang dalam beberapa perlawanan yang lalu dan mengharapkan kemenangan di Azerbaijan ini bakal menemukan mereka sama ada dengan England atau Ukraine di Wembley pada pusingan separuh.
Pemain muda, Mikkel Damsgaard bersinar sejak menggantikan Eriksen dalam perlawanan kumpulan kedua, malah menjaringkan gol pembukaan yang indah ketika menentang Rusia.
“Perlawanan menentang Wales adalah yang terbesar dalam karier saya. Seterusnya adalah perlawanan terbesar yang pernah saya mainkan, jadi semakin lama ia semakin mengujakan bagi saya,” katanya.
Hjulmand diharapkan memiliki skuad penuh untuk dipilih melalinkan Eriksen disebabkan penyerang itu masih belum pulih sepenuhnya untuk beraksi pada kejohanan Euro kali ini.
Kali terakhir Denmark mara ke peringkat suku akhir utama adalah pada Euro 2004, di mana mereka dikalahkan 3-0 oleh pasukan Republik Czech hasil jaringan Pavel Nedved dan dua jaringan daripada Milan Baros.
“Saya mempunyai pengalaman yang sangat buruk ketika menyaksikan perlawanan di Copenhagen Town Hall Square.
“Pada masa itu, kita semua percaya kita akan mudah mengatasinya. Namun, ia berubah menjadi hari malang dan yang saya ingat di Copenhagen, ia hujan yang mengerikan,” kata pemain pertahanan Denmark, Mathias Jorgensen kepada uefa.com. – AFP