TOKYO: Bekas juara Terbuka Amerika Syarikat (AS), Bryson DeChambeau terpaksa melupakan aksi Sukan Olimpik tokyo selepas disahkan positif Covid-19 dan tempatnya akan digantikan Patrick Reed, kata Jelajah PGA.
“Bryson DeChambeau didapati positif Covid-19 selepas kami menjalankan ujian terakhir sebelum dia meninggalkan AS untuk menyertai Sukan Olimpik Tokyo.
“Dia tidak dapat beraksi untuk pasukan AS.
“Patrick Reed akan menggantikan DeChambeau dan sedang menjlanai ujian terakhir sebelum berangkat ke Jepun,” kata Jelajah PGA dalam satu kenyataan.
Dechambeau mengakui sangat kecewa dengan perkara itu dan terpaksa melupakan hasrat untuk ke Tokyo.
“Saya kecewa kerana tidak dapat beraksi di Olimpik buat pasukan AS.
“Mewakili negara adalah sangat bermakna buat saya dan saya bangga kerana berada dalam pasukan ini,” katanya.-AFP