De Bruyne rasa bertanggungjawab kekalahan Belgium

De Bruyne rasa bertanggungjawab kekalahan Belgium

KEVIN De Bruyne menutup muka sebaik visel penamat ditiupkan pengadil selepas 90 minit permainan yang menyaksikan mereka kalah 1-2 kepada Itali. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUNICH: Kevin De Bruyne mengakui ‘bertanggungjawab’ beraksi bersama Belgium mes­kipun mengalami kecede­raan buku lali dalam perlawanan terakhir sebelum ini.

De Bruyne beraksi selama 90 minit ketika Belgium tewas 1-2 kepada Itali.

“Lima minggu ini terasa sa­ngat pelik. Saya ingin berterima kasih kepada staf perubatan kami. Ini adalah keajaiban saya dapat beraksi hari ini kerana jelas sekali buku lali saya cedera. Ligamen saya koyak.

“Saya rasa bertanggungjawab kepada Belgium tetapi tidak banyak yang saya boleh lakukan,” katanya.

Itali berada di hadapan pada separuh masa pertama di Allianz Arena menerusi Nicolo Ba­rella dan Lorenzo Insigne ma­nakala Romelu Lukaku me­rapatkan jurang menerusi se­pakan penalti.

“Kami sudah lakukan se­galanya untuk menang. Mereka menjaringkan gol yang cantik mungkin itu silap kami.

“Tersingkir dari kejohanan utama adalah mengecewakan,” katanya.

Belgium beraksi tanpa keli­bat Eden Hazard kerana ke­cederaan dan De Bruyne me­ngakui kecergasan menjadi faktor utama mereka gagal di Euro 2020.

“Kejohanan ini sangat sukar baut kami kerana ramai pemain cedera. Itali adalah lebih baik dari kami.

“Kami kalah kepada pasukan yang sangat hebat. Kami akan berusaha di Piala Dunia tetapi kami perlu pulihkan kecederaan kami dahulu,” kata De Bruyne. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya