Darah penuh di lantai - Anak bongsu Ezad Lazim dikejarkan ke hospital - Utusan Malaysia

Darah penuh di lantai – Anak bongsu Ezad Lazim dikejarkan ke hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Anak bongsu penyanyi, Ezad Lazim, Putera Muhammad Darwish dikejarkan ke hospital Putrajaya kerana mengalami pendarahan banyak dikepala akibat bergaduh, hari ini.

Menurut penyanyi yang popular menerusi lagu Demi Cinta itu, menjelaskan, Darwish bergaduh dengan kakaknya, Puteri Rania Kiesha.

“Katanya kakak pukul pakai gantung baju. Adik-beradik ini selalu bergaduh. Memang berdarah banyak. Kami yang tengok pun rasa nak pitam darah penuh kat lantai. Kakak dia pun menangis minta maaf kata tak sengaja pukul kuat,” tulis Ezad memohon doa orang ramai agar anaknya cepat sembuh.

Menjengah ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis dilihat menitipkan doa buat anak kesayangan Ezad semoga cepat sembuh.

“Semoga semuanya selamat ya Ezad,” komen Ajai.

“Didoakan semoga semuanya berjalan dengan lancar ya. Cepat baik adik Darwish,” komen Idayu.

Sebagai informasi, Ezad berkahwin dengan Nor Azeana Ramli Mac 2013 di Kedah dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan sepasang cahaya mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya