PETALING JAYA: Penyanyi dan usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa sedih apabila melihat sebuah bangunan yang dibelinya kini sudah dikosongkan.
Menerusi perkongsian di entri Instagramnya, Aliff berasa pilu setelah mengenangkan bangunan tersebut yang dahulunya penuh dengan keceriaan dan gelak tawa, kini telah kosong.
“Saya sedih dan pilu melihat bangunan yang dibeli ini kosong. Dahulunya ceria penuh dengan gelak tawa serta bahagia tetapi ini hanya tinggal kenangan.
“Bila rasanya nak berakhir Covid-19 ini? Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau kuatkanlah semangat aku untuk teruskan perniagaan ini.
“Bila saya melihat banyak syarikat-syarikat gergasi antarabangsa yang lingkup dan tutup gara-gara Covid-19,” katanya.
Dalam pada itu, Aliff turut berharap syarikatnya masih kuat bertahan berdepan pandemik berkenaan.
Pada masa sama, dia juga berdoa agar dimurahkan rezekinya supaya dapat berkongsi bersama orang lain.
“Semoga syarikat saya dipelihara dan masih kuat bertahan. Semoga dengan rezeki ini boleh saya membantu bangsa, rakyat, agama serta memberi bantuan kepada yang memerlukannya.
“Nasib baik saya popular, boleh berniaga secara dalam talian. Kepada anda yang ingin saya bimbing buat perniagaan dari rumah secara dalam talian, korang boleh Whatsapp nombor telefon ini. 016-3616289 atau 017-2388234,” coretnya.- UTUSAN ONLINE