Covid-19: Pasar Awam Taman Sri Rambai, Kompleks Penjaja Jalan Bunga Raya pula ditutup  - Utusan Malaysia

Covid-19: Pasar Awam Taman Sri Rambai, Kompleks Penjaja Jalan Bunga Raya pula ditutup 

PASAR Awam Taman Sri Rambai di Bukit Mertajam menjadi pasar awam terbaharu di Pulau Pinang yang terpaksa ditutup selepas beberapa peniaga di situ didapati positif Covid-18. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Pasar Awam Taman Sri Rambai di sini, menjadi pasar awam terbaharu di Seberang Perai yang terpaksa ditutup selepas sekurang-kurangnya lima kes positif Covid-19 dikesan di situ.

Ditutup selama 10 hari bermula hari ini  untuk kerja-kerja sanitasi, siasatan dan pemantauan, ia melibatkan 370 peniaga iaitu 139 peniaga di dalam pasar awam dan 231 peniaga pasar pagi di luar bangunan.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Datuk Rozali Mohamud berkata, selain peniaga tersebut, lima petugas MBSP yang bertugas di situ turut terkesan dan disaring.

“MBSP menggesa peniaga, pembantu serta orang awam yang telah dikenal pasti sebagai kontak rapat segera menjalani ujian swab atau menghubungi Bilik Gerakan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) SPT di talian 04-5397884 bagi mendapatkan temu janji untuk tujuan tersebut,” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini, sekurang-kurangnya lima buah pasar awam di Seberang Perai iaitu di Bagan Ajam; Bukit Mertajam; Chai Leng Park; Mak Mandin dan Seberang Jaya terpaksa menghentikan operasi buat sementara waktu gara-gara penularan jangkitan Covid-19.

Terdahulu dalam satu kenyataan berasingan, beliau memberitahu, Kompleks Penjaja Jalan Bunga Raya dan Pasar Pagi Apollo di Seberang Perai Utara (SPU) juga terpaksa ditutup selama tujuh hari bermula esok.  – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya