TOKYO: Penembak China, Yang Qian memenangi emas pertama Sukan Olimpik Tokyo, selepas menewaskan penembak Rusia, Anstasiia Galashina dalam acara air rifle 10 meter wanita.
Yang Qian memenangi emas dengan rekod Olimpik 251.8 mata, mengatasi Galashina yang mengutip 251.1 mata dan penembak Switzerland, Nina Christen (230.6 mata).
Galashina berada di kedudukan terbaik untuk memenangi emas sebelum tembakan terakhir, tetapi sekadar mencatat 8.9 mata pada percubaan terakhirnya dan membolehkan Yang Qian meraih kemenangan.
Majlis penyampaian pingat pertama di temasya berkenaan disempurnakan oleh presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) Thomas Bach.
Yang Qian mengalungkan sendiri pingat yang diletakkan di atas dulang ke lehernya sebagai mematuhi protokol kesihatan bagi menghalang penularan Covid-19. – AFP