Okay, dakwaan ini agak kelakar tetapi siapa kita untuk menidakkan perasan jatuh cinta itu. Kita pun manusia dan momen jatuh cinta itu berlaku tidak kira tempat tau. Dekat pasar malam pun boleh.
Iya! Ada kawan Poklip bertemu jodoh dengan gadis penjual laksa. Bayangkan, tengah si gadis itu bungkus laksa, sempat pula kawan Poklip meminta nombor telefon. Tup tup, dah anak tiga.
Tapi bukan itu Poklip nak cerita. Kisahnya ada yang menyampai, seorang pelakon lelaki jatuh cinta pandang pertama ketika melunaskan tugas sebagai sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) baru-baru ini.
Dakwa rakan Poklip, pelakon itu sebenarnya datang untuk membantu para petugas barisan hadapan. Sekali gus, dapat merasai pengalaman sendiri kan. Tetapi lain pula kisahnya bila dia ternampak seorang gadis.
Tak tunggu lama, pelakon tadi terus meminta Instagram gadis tersebut daripada teman-teman si polan itu. Wow! Zaman sekarang, mengurat guna Instagram ya. Cuma mungkin pelakon itu malu-malu kucing.
Tapi jangan pula ada yang cuba mengorek siapa gerangan pelakon itu. Lantas menghentam tindakannya. Bukan apa, tak salah kan kalau dia hendak mencuba nasib. Lagipun dia masih single.
Bukan dia buat apa-apa kesalahan pun. Dia cuba mahu mencari teman. Nasib baik perempuan, kalau lelaki? Ha! Ya, memang ada kisah begitu cuma Poklip nak diam-diam sahaja. Bye!