Caprice nekad teruskan misi ke Palestin, Ingin bantu ekonomi penduduk Gaza - Utusan Malaysia

Caprice nekad teruskan misi ke Palestin, Ingin bantu ekonomi penduduk Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Nekad meneruskan misi ke Gaza, aktivis, Caprice berkata antara matlamatnya adalah untuk membantu membangunkan ekonomi dan situasi kewangan di Palestin.

Caprice atau Ariz Ramli, 33, menerusi entri di Instagram meluahkan hasrat untuk membantu beberapa keluarga di sana bagi memulakan perniagaan secara dalam talian.

“Salah satu misi saya dekat Palestin adalah untuk membantu beberapa keluarga mencari atau membina produk, mendirikan perniagaan dalam talian dan ajar mereka cara saya buat perniagaan dalam talian di Malaysia selama ini.

“Kita bantu mereka bina jenama, ajar sesebuah keluarga dan serahkan produk-produk ini kepada mereka untuk dijual secara dalam talian.

“Insya-Allah untuk membantu situasi kewangan dan ekonomi di bumi Palestin,” tulisnya.

Penyanyi rap ini kini masih berada di Mesir untuk meneruskan misi ke Gaza.

Terdahulu Caprice mencetuskan kontroversi selepas membuat beberapa dakwaan terhadap pendakwah, Ebit Lew berhubung misi bantuan ke Gaza.

– habis –

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya