KUALA LUMPUR: Aktivis, Caprice bertindak membatalkan sesi live di Instagramnya (IG) sepatutnya berlangsung pukul 10 malam ini.
Tindakan itu diumumkan Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli menerusi Instastorynya susulan laporan polis yang dibuat pendakwah, Ebit Lew berhubung kontroversi melibatkan misi bantuan ke Gaza.
“Minta maaf guys, ada orang yang sudah buat laporan polis dan Caprice tak dapat buat live 10 pm malam ini.
“Insya-Allah, kebenaran akan terbongkar dengan sendirinya nanti,” tulisnya.