Busana 'Laksamana Hang Tuah' curi tumpuan - Utusan Malaysia

Busana ‘Laksamana Hang Tuah’ curi tumpuan

KONTINJEN negara menyempurnakan perbarisan masuk upacara pembukaan Sukan Olimpik 2020.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis perasmian Sukan Olimpik 2020 berlangsung dengan jayanya di Stadium Olimpik, Tokyo sebenatar tadi selepas hampir setahun ditangguhkan akibat pandemik Covid19.

Majlis dimulakan dengan kemasukan Greece sebelum Malaysia masuk sebagai kontinjen ke-177 manakala Jepun selaku tuan rumah masuk paling akhir selepas Amerika Syarikat yang menghantar kontinjen terbesar dengan 613 atlet.

Seramai 13 wakil kebangsaan termasuk atlet dan pegawai berarak masuk ke tengah lapangan lengkap berbusana dengan tema Laksamana Hang Tuah dengan tugas pembawa Jalur Gemilang diberikan kepada Lee Zii Jia dan Goh Liu Ying.

Warna pakaian kontinjen negara itu diinspirasikan daripada warna Jalur Gemilang dan telah direka oleh Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Antara atlet yang terlibat dengan perasmian itu termasuk Farah Ann Abdul Hadi, Pandelela Rinong Pamg, Nur Dhabitah Sabri, Wendy Ng Yan Yee, Phee Jinq En dan Welson Sim.

Majlis itu turut dihadiri oleh Maharaja Jepun, Naruhito; Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan Wanita pertama Amerika Syarikat, Jill Biden.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya